September 29, 2010

Nice entry to share...

Kenapa Bayi Gugur Dlm Kandungan

"Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai tentang (hakikat tauhid) ini"---Surah Al-A'raf,ayat 172

Ayat 172 tersebut mengesahkan bahawa ada perjanjian di antara roh dan Allah s.w.t. Roh datang ke dunia dengan pilihannya sendiri. Dia diberi PILIHAN. Samada mahu kekal sebagai roh atau menjadi manusia. Di Luh Mahfuz, Allah bentangkan perjalanan hidup kita sekiranya kita memilih untuk menjadi manusia. Sulit atau senang, kaya atau miskin, cacat atau sempurna suatu hari nanti,tiada bersembunyi. Semuanya dipertontonkan. (Sebab tu kdg2 kita rasa mcm, satu peristiwa,satu tempat tu kita penah pegi atau penah lihat,kita pernah alami kan..? yg sebenarnya roh kita yg dah pernah lalui semua tu)

Roh ingin sekali menjenguk dunia, merasai kasih sayang ibu dan ayah, memiliki cinta, merasai senang dan susah, merasai cabaran...maka ia memilih menjadi manusia. Maka bersaksilah Roh tersebut dihadapan Allah s.w.t, membuat perjanjian tauhid dengan kalimah dua shahadah "ʾašhadu ʾan lā ilāha illa Allāh, wa ʾašhadu ʾanna Muḥammada rasūllullallāh "

Ditiupkanlah roh tersebut kedalam jasad janin seorang ibu.

Berkata roh kpd dirinya. "Aku memilih dunia dan pilih menjadi manusia. Adakah aku mampu menghadapi segala cabaran, kesulitan yang bakal mendatang?" Pikir dan pikir. "..........aku nampak semuanya, walaupun aku rindu mahu memeluk ibu dan ayahku, merasai kasih sayang mereka, tapi bule kah aku survive nanti?..rasanya aku tak sanggup........."

Maka, ditariklah kembali roh tersebut pulang kepadaNya...di Luh Mahfuz.....kerana roh tersebut tahu yang dia tak mampu nak menghadapi dunia barunya nanti.
Dan di dunia ini, yang menanti bakal kehadiran cahaya matanya, bersedih dengan kehilangan tersebut. Tapi percayalah, bahawa segala yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahNya.

"........Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya....." -Al Baqarah ayat 286

No comments: